KELUASAN API NERAKA...... ......... ......... ..
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya. "
Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung
di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas
bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka
itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu- pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehinggaJibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,
apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian
nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk
sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah
Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
dilaknat oleh Allah
dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A,
Rasulullah S. A. W bersabda:"
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
"Sesungguhnya Ilmu itu akan membakar kamu jika tidak disebarkan." .
Jumaat, 10 April 2009
Selasa, 24 Februari 2009
I'M IN LOVE
APA ITU CINTA?
Duh!!Soalan yang begitu mudah dan jawapannya pasti berlainan dari setiap orang.Cinta itu untuk siapa?
SALAM
Bukan nak mengutuk apatah lagi mengata,
Maaflah jika ada yang terkena,
Nukilan ini memang sengaja,
Marilah kita renungkan bersama.
Koyak sana koyak sini,
Itulah 'trend'gaya terkini,
Katanya bangga pakai begini,
Walaupun dipandang 'hodoh' sekali.
Muka cantik wajah lawa,
Itulah anugerah Tuhan yang Esa,
Tapi dia tak pandai guna,
Jual tubuh nak kumpul harta.
Bila ditanya mengapa begini,
Jawabnya senang apa kau peduli,
Bila ditanya 'terbiyah' buat 'dek' lagi,
Bila ditangkap mulalah pucat lesi.
"Willy" sana,"Wicamp" sini,
Macam tak nak hidup lagi,
Ibu bapa nasihat buat-buat tak reti,
Bila dah terkena barulah sedar diri.
Si jantan bangga bawa betina,
Si betina pula megah tak tentu pasal,
Asyik bercinta tak ingat dunia,
Insaflah dulu sebelum menyesal.
Pakai baju bagai berkemban,
Tudung kepala dah ditanggalkan,
Zaman sekarang,zaman kemajuan,
Katanya kolot tak ikut perkembangan.
Maaflah jika ada yang terkena,
Nukilan ini memang sengaja,
Marilah kita renungkan bersama.
Koyak sana koyak sini,
Itulah 'trend'gaya terkini,
Katanya bangga pakai begini,
Walaupun dipandang 'hodoh' sekali.
Muka cantik wajah lawa,
Itulah anugerah Tuhan yang Esa,
Tapi dia tak pandai guna,
Jual tubuh nak kumpul harta.
Bila ditanya mengapa begini,
Jawabnya senang apa kau peduli,
Bila ditanya 'terbiyah' buat 'dek' lagi,
Bila ditangkap mulalah pucat lesi.
"Willy" sana,"Wicamp" sini,
Macam tak nak hidup lagi,
Ibu bapa nasihat buat-buat tak reti,
Bila dah terkena barulah sedar diri.
Si jantan bangga bawa betina,
Si betina pula megah tak tentu pasal,
Asyik bercinta tak ingat dunia,
Insaflah dulu sebelum menyesal.
Pakai baju bagai berkemban,
Tudung kepala dah ditanggalkan,
Zaman sekarang,zaman kemajuan,
Katanya kolot tak ikut perkembangan.
Isnin, 23 Februari 2009
BAHASA CINA&MAKSUDNYA
Wo Yau Bao Ni
-Saya nak peluk awak
Zhuan Shu Tian Shi
-My Special Angel
Wo Yau Cheng Ni De Zhuan Tian Shi
-I want to become your special angel
Wo Xiang Nian Ni
-I miss You
Wo Ai Ni
-I love You
-Saya nak peluk awak
Zhuan Shu Tian Shi
-My Special Angel
Wo Yau Cheng Ni De Zhuan Tian Shi
-I want to become your special angel
Wo Xiang Nian Ni
-I miss You
Wo Ai Ni
-I love You
KISAH SI COMEL & SAYA

Assalamualaikum wbt,
Hehehe...nak cerita apa ya????
Comel kan baby ni???ni lah ank jiran saya..Nama baby ni Afif Naqib..
erm cantik nama ni..Maksud namanya pun cantik..Nak tahu ke maksud namanya????Hmmm..Afif 2 saya dah lupa maksud dia..tp Naqib 2 maksudnya YANG MENJAMIN..MasyaAllah..sungguh indah maksudnya..baby ni pun comel..secomel nama dia..wah3111 duk puji ank org pula..ank sendiri bila plak ya????hahaha..nantilah x terfikir lg...lgpun saya baru umur 18..20.3.2009 ni genaplah umur saya..nak fikir pasal kahwin x la lg..yelah still muda utk fikir soal kahwin2 ni..soal kahwin ni bukannya boleh buat main..nantikan lain pula jadinya..Hmm,berbalik dengan cerita baby ni..skrg umur dia dah 1 tahun lbh..kalau x silap saya baby ni lahir bulan 5..tp lupalah berapa haribulan..hehehe..x pe la bukan anak saya pun..lainlah kalau ank saya..mana blh lupa tarikh lahir..hehehe..Baby ni suka sangat buat saya tergelak..yelah lucu bila dia panggil saya kak chik..manja sangat..saya pun suka cubit pipi budak ni..geram!!!pipi dia gebu sangat..waktu2 petang saya suka bawa dia pergi jln2..yelah saya suka sangat kat budak2 ni..comel je..geram nak cubit..lagipun best main gan budak2 ni..diorg ni blh buat kita ketawa dan melupakan masalah..kadang2 kalau kita tension pun diorg blh buat kita lupa pd masalah..lebih2 lagi baby dlm gambar ni..mmg lucu..comel pla 2..kalau nampak saya msti dia panggil kak chik..ada2 je dia nak bagitaw saya apa2..kadang2 x fhm juga apa yg dia ckp..biasalah budak2..baru nak belajar bercakap..ada sekali 2 dia ckp kat saya ama2..png kepala saya..entah apa la dia ckp..tp bila dgr baik2..oh!!!rama2...tergelak saya dibuatnya..saya ni mmg suka gelak..kalau baca cerita yg lucu..Ya Allah jiran sebelah pun blh dgr saya gelak..kikiki..jz kidding..erm satu lg saya ni mudah menangis..sensitif sgt..bca novel yg sedih2 pun saya dah nangis teresak-esak..pdhal novel 2 mitos je..mdh simpati..kalau ada kawan2 yang sedih..saya yang nangis dulu..entahla knp..hobi kot!!!!apa lg ya nak cakap????erm saya ni peminat novel..warna kegeraman saya:hijau,kuning,coklat dan unggu..2 la warna yg paling saya suka..tp saya ni x lah memilih sgt warna..tp warna ni ada maksud yang tersendiri..kalau nak tahu cari lah sendiri ya kat dlm intrnet..cz kalau nak ckp kat sini pun saya dah x berapa igt..yang saya igt kalau pmpn ni suka warna coklat/koko dia ni bersifat keibuan..warna hijau pla sukakan kedamaian&benci kalau ada pergaduhan...betulah kot...
Ahad, 22 Februari 2009
MAKNA HADIAH BUAT YANG TERSAYANG
JAM TANGAN....
Tanda mengingati setiap masa dan waktu
CINCIN....
Tanda ikatan kasih yang abadi
GELANG....
Tanda mesra
RANTAI LEHER....
Ikatan cinta yang perlukan perhatian
SUBANG....
Tanda penghargaan&penghormatan
KASUT....
Sentiasa mengambil berat/perhatian
PAKAIAN/KAIN....
Semoga kasih berkekalan/dekat selalu
PAYUNG....
Tanda kasih&ingin melindungi
MINYAK WANGI....
Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR....
Sentiasa merindu&x ingin berjauhan
BUKU....
Bersifat terbuka&bertolak ansur
BUNGA....
Tanda perkenalan&kasih sayang
COKLAT....
Semanis cintamu
LAGU/CD/VIDEO....
Mengabdikan cinta
SEJADAH&AL-QURAN....
Tandanya kekasihmu itu menyayangimu dunia dan akhirat
LUKA SERIBU RINDU
Dalam kesamaran ulta lembayung,ketika bulan 2 menumpahkan cahaya di kaki langit khirmizi,tiba-tiba aku terkenang nostalgia cinta lama yg kita palitkan bersama.Kehadiranmu bersama molekul-molekul hydrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali pusatku.
Dan kehadiranmu mengajar aku erti rindu,gelora dan syahdu.Kau juga mengajar aku erti cinta,singa laut,beruang kutub,penguin,kambing salji,mi sup,cendol dan abc.
Kala itu kita bagaikan nobita dan sizuka.Kau dan aku bagaikan nurul dan sham dalam cerita cinderela yang tidak dapat dipisahkan.Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Pluto itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Afrika.Kau pergi jua ketika KL sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah sukan komanwel 98.Sesungguhnya perpisahan itu berpunca dari penebangan pokok balak secara besar-besaran di Gua Musang.Pemergianmu itu membuatkan aku menghidap penyakit resdung&hepatitis Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai helmet setiap masa sebagai langkah keselamatan.
Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.Aku bagaikan telah tergelincir daripada orbit bumi apabila gravity tidak lagi berfungsi terhadapku.Setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga"rubber set",seluruh perjalanan hidupku menjadi gelap gelita seperti di dalam gua batu kapur yang hanya ditemani straligtit dan stalagmit yang penuh dengan tahi-tahi kelawar bagaikan sembilu menyesakkan hempeduku.
Villa cinta yang kita bina dari makgat basikal akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah tanpa melihat 1/4 belah mata pun..Ternyata kau mula berubah setelah Malaysia mula melancarkan jet Apollo ke ruang angkasa.Akhirnya kau sering lari setempat bila terserempak denganku.Sejak itu,aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.Sejak kau tiada,aku sering bersendirian,berbual dengan pokok betik.Kadang-kadang aku mengikat botol budu pada tiang rumah agar nampak lebih cantik.Saban hari aku termenung dalam peti sejuk mengenang dirimu yang entah ke mana menghilang.Aku cuba bermain dek cok sambil makan mee sup untuk melupakanmu,tapi aku tidak berdaya.Lalu,aku membakar mesin basuh dan membelasah 3 ekor serati jiranku,menandakan aku tak bersalah.AKU SEPERTI TIDAK PERCAYA DI ATAS APA YANG TERJADI.
Mengapa sayang?Mengapa semua ini terjadi??Mengapa setelah kau curi cintaku,kemudian kau gadaikannya di kedai emas Tek Chai.Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni simen yang kau timpakan ke atas belakangku bagaikan memikul 88 ekor mengkarung dan 125 ekor ank cicak yang baru menetas dan kini segala harapanku telah hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari menara loji air Kelantan water dan dihempap oleh tiang besi pemancar NTV7 yang terletak di Kedai Mulong lalu tersangkuk dicelah landasan keretapi KTMB dan digilis pula oleh sodok hingga badanku hancur berkecai.
Oh..terlalu berat dugaan yang ku tempuhi,kini semuanya telah berakhir.Aku sedar aku hanyalah umpama seekor biri-biri di dalam kandang lembu.Aku bukan sizuka,Bulma,sakura atau kiki.Aku juga bukanlah cinderela yang kau idam-idamkan.Aku menyedari kekurangan diri dan kemudahan awam di tempat sendiri.Tak perlu dikesali lagi kerana cha kueh sudah menjadi chek mek.Tin sardin cap ketitir yang ku genggam telah pun x-pire date.Segalanya sungguh mengharukan dan segala hadiah pemberianmu termasuklah plag 2 pin telah ku kitar semula di dalam tong jingga kerana kau telah berfikir dahulu sebelum buang..Walaupun pada hakikatnya ianya tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam tong jingga..tapi aku buat dek jer..kerana aku terlampau tension tahap enjin jet concorde buatan AS.
Walaupun segalanya telah berakhir,di atas pokok cecupu ini aku tetap menunggu kau kembali.Selagi ada nafas ini,selagi ada kompleks membeli belah KB MALL,selagi bangunan SMKKB tersegam indah,selagi ada kedai kasut dan selipar di ARGENTINA,selagi ada makanan segera KFC,selagi kumpulan LINKIN PARK tak berpecah,aku tetap menunggumu sehingga matahari terbelah lapan.Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka.Akhirnya aku mengambil kesempatan untuk menunggu tiang tepon di hadapan rumahku berbuah.Kalau tiang tepon tu berbuah,aku poskan buah untuk kau..Nak tak???????
Langgan:
Catatan (Atom)
