Selasa, 24 Februari 2009

I'M IN LOVE

APA ITU CINTA?
Duh!!Soalan yang begitu mudah dan jawapannya pasti berlainan dari setiap orang.Cinta itu untuk siapa?

SALAM

Bukan nak mengutuk apatah lagi mengata,
Maaflah jika ada yang terkena,
Nukilan ini memang sengaja,
Marilah kita renungkan bersama.

Koyak sana koyak sini,
Itulah 'trend'gaya terkini,
Katanya bangga pakai begini,
Walaupun dipandang 'hodoh' sekali.

Muka cantik wajah lawa,
Itulah anugerah Tuhan yang Esa,
Tapi dia tak pandai guna,
Jual tubuh nak kumpul harta.

Bila ditanya mengapa begini,
Jawabnya senang apa kau peduli,
Bila ditanya 'terbiyah' buat 'dek' lagi,
Bila ditangkap mulalah pucat lesi.

"Willy" sana,"Wicamp" sini,
Macam tak nak hidup lagi,
Ibu bapa nasihat buat-buat tak reti,
Bila dah terkena barulah sedar diri.

Si jantan bangga bawa betina,
Si betina pula megah tak tentu pasal,
Asyik bercinta tak ingat dunia,
Insaflah dulu sebelum menyesal.

Pakai baju bagai berkemban,
Tudung kepala dah ditanggalkan,
Zaman sekarang,zaman kemajuan,
Katanya kolot tak ikut perkembangan.

Isnin, 23 Februari 2009

BAHASA CINA&MAKSUDNYA

Wo Yau Bao Ni
-Saya nak peluk awak

Zhuan Shu Tian Shi
-My Special Angel

Wo Yau Cheng Ni De Zhuan Tian Shi
-I want to become your special angel

Wo Xiang Nian Ni
-I miss You

Wo Ai Ni
-I love You

KISAH SI COMEL & SAYA



Assalamualaikum wbt,
Hehehe...nak cerita apa ya????
Comel kan baby ni???ni lah ank jiran saya..Nama baby ni Afif Naqib..
erm cantik nama ni..Maksud namanya pun cantik..Nak tahu ke maksud namanya????Hmmm..Afif 2 saya dah lupa maksud dia..tp Naqib 2 maksudnya YANG MENJAMIN..MasyaAllah..sungguh indah maksudnya..baby ni pun comel..secomel nama dia..wah3111 duk puji ank org pula..ank sendiri bila plak ya????hahaha..nantilah x terfikir lg...lgpun saya baru umur 18..20.3.2009 ni genaplah umur saya..nak fikir pasal kahwin x la lg..yelah still muda utk fikir soal kahwin2 ni..soal kahwin ni bukannya boleh buat main..nantikan lain pula jadinya..Hmm,berbalik dengan cerita baby ni..skrg umur dia dah 1 tahun lbh..kalau x silap saya baby ni lahir bulan 5..tp lupalah berapa haribulan..hehehe..x pe la bukan anak saya pun..lainlah kalau ank saya..mana blh lupa tarikh lahir..hehehe..Baby ni suka sangat buat saya tergelak..yelah lucu bila dia panggil saya kak chik..manja sangat..saya pun suka cubit pipi budak ni..geram!!!pipi dia gebu sangat..waktu2 petang saya suka bawa dia pergi jln2..yelah saya suka sangat kat budak2 ni..comel je..geram nak cubit..lagipun best main gan budak2 ni..diorg ni blh buat kita ketawa dan melupakan masalah..kadang2 kalau kita tension pun diorg blh buat kita lupa pd masalah..lebih2 lagi baby dlm gambar ni..mmg lucu..comel pla 2..kalau nampak saya msti dia panggil kak chik..ada2 je dia nak bagitaw saya apa2..kadang2 x fhm juga apa yg dia ckp..biasalah budak2..baru nak belajar bercakap..ada sekali 2 dia ckp kat saya ama2..png kepala saya..entah apa la dia ckp..tp bila dgr baik2..oh!!!rama2...tergelak saya dibuatnya..saya ni mmg suka gelak..kalau baca cerita yg lucu..Ya Allah jiran sebelah pun blh dgr saya gelak..kikiki..jz kidding..erm satu lg saya ni mudah menangis..sensitif sgt..bca novel yg sedih2 pun saya dah nangis teresak-esak..pdhal novel 2 mitos je..mdh simpati..kalau ada kawan2 yang sedih..saya yang nangis dulu..entahla knp..hobi kot!!!!apa lg ya nak cakap????erm saya ni peminat novel..warna kegeraman saya:hijau,kuning,coklat dan unggu..2 la warna yg paling saya suka..tp saya ni x lah memilih sgt warna..tp warna ni ada maksud yang tersendiri..kalau nak tahu cari lah sendiri ya kat dlm intrnet..cz kalau nak ckp kat sini pun saya dah x berapa igt..yang saya igt kalau pmpn ni suka warna coklat/koko dia ni bersifat keibuan..warna hijau pla sukakan kedamaian&benci kalau ada pergaduhan...betulah kot...

Ahad, 22 Februari 2009

MAKNA HADIAH BUAT YANG TERSAYANG

JAM TANGAN....
Tanda mengingati setiap masa dan waktu
CINCIN....
Tanda ikatan kasih yang abadi
GELANG....
Tanda mesra
RANTAI LEHER....
Ikatan cinta yang perlukan perhatian
SUBANG....
Tanda penghargaan&penghormatan
KASUT....
Sentiasa mengambil berat/perhatian
PAKAIAN/KAIN....
Semoga kasih berkekalan/dekat selalu
PAYUNG....
Tanda kasih&ingin melindungi
MINYAK WANGI....
Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR....
Sentiasa merindu&x ingin berjauhan
BUKU....
Bersifat terbuka&bertolak ansur
BUNGA....
Tanda perkenalan&kasih sayang
COKLAT....
Semanis cintamu
LAGU/CD/VIDEO....
Mengabdikan cinta
SEJADAH&AL-QURAN....
Tandanya kekasihmu itu menyayangimu dunia dan akhirat

LUKA SERIBU RINDU

Dalam kesamaran ulta lembayung,ketika bulan 2 menumpahkan cahaya di kaki langit khirmizi,tiba-tiba aku terkenang nostalgia cinta lama yg kita palitkan bersama.Kehadiranmu bersama molekul-molekul hydrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali pusatku.
Dan kehadiranmu mengajar aku erti rindu,gelora dan syahdu.Kau juga mengajar aku erti cinta,singa laut,beruang kutub,penguin,kambing salji,mi sup,cendol dan abc.
Kala itu kita bagaikan nobita dan sizuka.Kau dan aku bagaikan nurul dan sham dalam cerita cinderela yang tidak dapat dipisahkan.Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Pluto itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Afrika.Kau pergi jua ketika KL sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah sukan komanwel 98.Sesungguhnya perpisahan itu berpunca dari penebangan pokok balak secara besar-besaran di Gua Musang.Pemergianmu itu membuatkan aku menghidap penyakit resdung&hepatitis Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai helmet setiap masa sebagai langkah keselamatan.
Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.Aku bagaikan telah tergelincir daripada orbit bumi apabila gravity tidak lagi berfungsi terhadapku.Setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga"rubber set",seluruh perjalanan hidupku menjadi gelap gelita seperti di dalam gua batu kapur yang hanya ditemani straligtit dan stalagmit yang penuh dengan tahi-tahi kelawar bagaikan sembilu menyesakkan hempeduku.
Villa cinta yang kita bina dari makgat basikal akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah tanpa melihat 1/4 belah mata pun..Ternyata kau mula berubah setelah Malaysia mula melancarkan jet Apollo ke ruang angkasa.Akhirnya kau sering lari setempat bila terserempak denganku.Sejak itu,aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.Sejak kau tiada,aku sering bersendirian,berbual dengan pokok betik.Kadang-kadang aku mengikat botol budu pada tiang rumah agar nampak lebih cantik.Saban hari aku termenung dalam peti sejuk mengenang dirimu yang entah ke mana menghilang.Aku cuba bermain dek cok sambil makan mee sup untuk melupakanmu,tapi aku tidak berdaya.Lalu,aku membakar mesin basuh dan membelasah 3 ekor serati jiranku,menandakan aku tak bersalah.AKU SEPERTI TIDAK PERCAYA DI ATAS APA YANG TERJADI.
Mengapa sayang?Mengapa semua ini terjadi??Mengapa setelah kau curi cintaku,kemudian kau gadaikannya di kedai emas Tek Chai.Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni simen yang kau timpakan ke atas belakangku bagaikan memikul 88 ekor mengkarung dan 125 ekor ank cicak yang baru menetas dan kini segala harapanku telah hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari menara loji air Kelantan water dan dihempap oleh tiang besi pemancar NTV7 yang terletak di Kedai Mulong lalu tersangkuk dicelah landasan keretapi KTMB dan digilis pula oleh sodok hingga badanku hancur berkecai.
Oh..terlalu berat dugaan yang ku tempuhi,kini semuanya telah berakhir.Aku sedar aku hanyalah umpama seekor biri-biri di dalam kandang lembu.Aku bukan sizuka,Bulma,sakura atau kiki.Aku juga bukanlah cinderela yang kau idam-idamkan.Aku menyedari kekurangan diri dan kemudahan awam di tempat sendiri.Tak perlu dikesali lagi kerana cha kueh sudah menjadi chek mek.Tin sardin cap ketitir yang ku genggam telah pun x-pire date.Segalanya sungguh mengharukan dan segala hadiah pemberianmu termasuklah plag 2 pin telah ku kitar semula di dalam tong jingga kerana kau telah berfikir dahulu sebelum buang..Walaupun pada hakikatnya ianya tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam tong jingga..tapi aku buat dek jer..kerana aku terlampau tension tahap enjin jet concorde buatan AS.
Walaupun segalanya telah berakhir,di atas pokok cecupu ini aku tetap menunggu kau kembali.Selagi ada nafas ini,selagi ada kompleks membeli belah KB MALL,selagi bangunan SMKKB tersegam indah,selagi ada kedai kasut dan selipar di ARGENTINA,selagi ada makanan segera KFC,selagi kumpulan LINKIN PARK tak berpecah,aku tetap menunggumu sehingga matahari terbelah lapan.Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka.Akhirnya aku mengambil kesempatan untuk menunggu tiang tepon di hadapan rumahku berbuah.Kalau tiang tepon tu berbuah,aku poskan buah untuk kau..Nak tak???????

Sabtu, 21 Februari 2009

KERANA TERLEKA

Mungkin kerana terleka
Seringkali apabila pena
Terlepas dari genggaman
Ucapan "opps"
Mendahului "Allah"
Tatkala perut kosong sudah terisi
Ucapan"haa..kenyang"
Mengatasi "Alhamdulillah"
Apabila diri terpegun
Dengan keindahan alam
Pujian"SubhanAllah"tertutup
Oleh "Cantiknya"
Ada masa berita kematian
Mengunjungi
"Kasihannya"juga terucap tanda simpati
Tapi kita lupa "innalillah"
Kadangkala kita lupa
Kadangkala kita sengaja atau
Mungkin kerana telah terbiasa
Namun teman,
Walaupun kita lupa
Sengaja,suka atau terbiasa
Berhati-hatilah
Agar Izrail tiba menjenguk
Ucapan"Lailahaillallah"tetap juara
Mengatasi segala kata

RAHSIA TARIKH LAHIR

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius,suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik,peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan,suka smart, kemas dan teratur,sensitif, berfikiran mendalam,pandai mengambil hati orang lain,pendiam kecuali setelah dirangsang,agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi,mudah mendisiplinkan diri sendiri,badan sehat tetapi mudah diserang selesema,bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya,cukup sayang kepada kanak-kanak,suka duduk di rumah,setia pada segalanya,rajin belajar dan kemahiran sosial,sikap cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
berfikiran abstaraksukakanbenda yang realiti dan abstrakinteligent, bijak dan geniusberpersonaliti yang mudah berubahmudah menawan orang lainagak pendiam, pemalu dan rendah dirijujur dan setia pada segalanyakeras hati untuk mencapai matlamattidak suka dikongkongmudah memberontak jika dikongkongsuka kegiatan lasakemosinya mudah terluka dan sangat sensitifmudah mempamirkan marahnyatidak suka kepada benda remeh temehsuka berkawan tapi kurang mempamerkanyasangat berani dan suka memberontakbercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanyapemerhatian yang tajamsuka hiburan dan sukansuka benda yang bersifat senisangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaranberkecenderungan kepada benda yang tahyulamat mudah dan boleh menjadi terlalu borosbelajar untuk mempamirkan emosi
MAC
berpersonaliti menarik dan menawan mudah didampingi sangat pemalu dan pemendam rasa sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran suka pada kedamaian sangat peka kepada orang lain,sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain,tidak cepat marah dan sangat amanah,tahu balas budi dan kenang budipemerhatian dan penilaian yang sangat tajamkecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawalsuka berangan-angansuka melancongsangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggikelam kabut dalam memilih pasangansuka dengan hiasan rumahtanggapunya bakat seni dalam bidang muzikkecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody
APRIL
sangat aktif dan dinamikcepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesalsangat menarik dan pandai manjakan diripunya daya mental yang sangat kuatsuka dapat perhatiansangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalahsangat berani dan tiada perasaan takutsuka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurahemosi cepat terusik jika tidak terkawalberkecenderungan bersifat dendamagresif, kelam kabut untuk membuat keputusankuat daya ingatangerak hati yang sangat kuatpandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lainberpenyakit di sekitar kepala dan dadasangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
keras hati dan degilkuat semangat dan bermotivasi tinggipemikiran tajammudah marah jika tidak dikawalpandai menarik hati orang lain dan menarik perhatianperasaan yang sangat mendalamcantik dari segi mental dan fizikaltidak perlu dimotivasikantetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lainmudah dipujukbersikap sistematik ( otak kiri )suka berangankuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lainmudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasandaya khayalannya tinggipemikiran yang tajampandai berdebatfizikal yang baiksuka sastera, seni, muzik dan melancongtidak berapa suka duduk dirumahtidak boleh duduk diamtidak punya ramai anakrajin dan bersemangat tinggiagak boros
JUN
berfikiran jauh dan berwawasanmudah ditawan kerana sikap baikperangai lemah lembutmudah berubah sikap, sangat banyak ideabersikap sensitifotak sentiasa aktif berfikirsukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguhsikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewetcepat marah dan cepat sejuksuka bercakap dan berdebatsuka buat lawak dan bergurauotak cerdas dan berangan-ranganmudah dan pandai berkawanorangnya sangat tertibpandai mempamerkan sikapmudah kecil hatimudah terkena selesemasuka berkemascepat rasa bosankurang pamerkan perasaanlambat sembuh bila terluka hatisuka barangan berjenamamudah jadi eksekutifkedegilan yang tidak terkawalsiapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya
JULAI
seronok didampingibanyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )agak pendiam kecuali diransangada harga dan maruah diritidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkanmudah dipujuk dan bersikap lurussangat menjaga hati orang lainsangat peramahemosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulihberjiwa sentimentalkurang berdendammudah memaafkan tetapi sukar melupakantidak suka benda remeh temehmembimbing cara fizikal dan mentalsangat peka, caring dan mengasihi serta penyayanglayanan serupa kepada semua orangtinggi daya simpatipemerhatian yang tajamsuka manilai orang lain dengan pemerhatianmudah dan rajin belajarsuka muhasabah dirisuka mengenang peristiwa atau kawan lamasuka mendiamkan diri dan duduk di rumahsuka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksalemah dari kesihata bahagian perutmudah menjadi gemuk jika tak dikawalminta disayangiterlalu mengambil beratrajin dalam membuat kerja
OGOS
suka berlawakmudah tertawan kepadanyasopan santun, caring terhadap orang lainberani dan tidak tahu takutagak tegas dan bersifat berkepimpinanpandai memujukterlalu pemurah dan bersikap egonilai harga diri sangat tinggidahagakan pujiansemanagt juang yang luar biasacepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawansangat cemburudaya permehatian tajam dan teliticepat berfikir dan berdikarisuka memimpin juga dipimpinsuka barangan-anganberbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silatsangat sensitif tetapi tak mudah merajukmudah mendapat penyakitsentiasa belajar untuk relaxkelam kabutromantik, pengasih dan penyayangsuka mencari kawan
SEPTEMBER
sangat besopan santun dan betolak ansursangat cermat, teliti, dan teratursuka menegur kesilapan orang lain dan mengkritikpendiam tetapi pandai bercakapsikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpatisangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujursensitif kepada sesuatu yang tidak diketahuibanyak berfikirdaya penakakulan yang baikotak bijak dan mudah belajarsuka mencari maklumatmengawal diri dari selalu mengkritikpandai mendorong diri sendirimudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsiasukakan sukan, hiburan, dan melancongkurang menunjukkan perasaanlama menyimpan jika terluka hatiterlalu memilih pasangansukakan benda yang luasbersistematik
OKTOBER
suka sembangsuka orang sayang padanyasuka ambil jalan tengahsangat menawan dan sopan santunkecantikan luar dan dalamtidak pandai berbohong dan berpura-puramudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawansentiasa berkawanhati mudah terusik, tetapi meraju tak lamacepat marahmacam pentingkan diri sendiritidak menolong orang jika tidak dimintasuka melihat dari perspektif sendiritidak suka terima pandangan orang lainemosi mudah terusiksuka berangan-angan dan pandai bercakapemosi yang kelam kabutdaya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )suka melancong, bidang sastera, dan senipengasih, penyayang, dan lemah lembutromantik dalam percintaanmudah terusik hati dan cemburuambil berat tentang orang lainsuka kegiatan luarorang yang adilboros dan mudah dipengaruhi persekitaranmudah patah semangat
NOVEMBER
banyak idea dalam sesuatu perkaraperangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubahotak dan pemikiran yang sangat tajamcara berfikir lain dari orang lainberfikiran kehadapan, unik, dan bijakbanyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesrapenuh dengan idea-idea baru yang luar biasasukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnyasifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsiaamanah, jujur, setia, dan pandai berahsiadaya firasat sangat halus dan tinggibagus sebagai doktorcermat dan telitipersonaliti dinamiktidak hargai pujianbercita-cita tinggiterlalu degil dan keras hatiapabila hendak akan diusahakan sehingga berjayasangat rajin dan berkemampuan tinggikekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendakpandai mendorong diri sendiriberani, pemurah, setia, dan banyak kesabaranmudah ambil berat terhadap orang laintak suka marah kecuali tergugatpandai muhasabah diriromantiktidak pasti dengan imbangan kasih sayangsuka duduk di rumahtidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
DISEMBER
sangat setia dan pemurahbersifat patriotiksangat aktif dalam permainan dan pergaulanbercita-cita tinggisuka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasiseronok didampingipandai buat lawak dan berfikiran dengan lojiksuka bercampur dengan orangsuka dipuji, diberi perhatian, dan dibelaisangat jujur, amanah, dan bertolak ansurtidak pandai berpura-puracepat marahsikap kurang sabar dan tergesa-gesaperangai yang berubah-ubahtidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggibenci pada kongkongan
…………………………………………………………….O0O0……………………………………………
RAHSIA TARIKH LAHIR MENGIKUT HARIBULAN
1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.