Sabtu, 11 April 2009

Perokok lebih hina daripada lembu : Nik Aziz

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.

--BERNAMA

1 ulasan: