Jumaat, 10 April 2009

Di sebalik ungkapan "TAK ADA APA APA"

Dari catatan seorang teman...
Beberapa
bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan



runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap.


Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba
dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..!

Sewaktu
balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya

ceritakan perkara yang saya alami.


"Mungkin
ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya
Saya

tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji

sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana


saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa

memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam

diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang

Saya
pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah


Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?"

"Tak
ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini."
Emak menjawab.

Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih
menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati
lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan

kebenaran.

Hari
ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi.


Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya

genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali


lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri


tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmata

sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa" Tingkah mama


semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi

terdiam kembali.

Akhirny
dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan


dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka.


Kadang-kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis


tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih
berbekas hingga sekarang."

Saya

terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah
meninggal ketika

adik

masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen

ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat

tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk.

"Selepas
SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh
Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri

bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya

hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta
Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama
nak sambung belajar juga.Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri

belajar dalam hati yang penuh terpaksa."



Saya
benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan
ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap

berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai
anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di

pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri.

Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama

luahkan. Mama harap mama dapat mengadap Tuhan dengan hati yang
tenang."

Ungkapan

terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk

ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya

terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali

tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.

Sejak

peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga

dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana

ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalam
peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya
harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan

didunia dan di akhirat.
Suatu
hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi,
saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia
40-an. "Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya
kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan

lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung.


Sebulan

kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri
terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari.
Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu


seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut
ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung

menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak

juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai


di

kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan

kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam
tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas
segala silapnya selama ini.



"Syukur


kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf
bersunguh-sungguh.

Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa
kamu

yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam
rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak

rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang
mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan
air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'órang

tua bodoh. Tak ada otak."
Cerita

lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang
berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu

kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat.


Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja,
malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya.

Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei,
orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!"
Akhirnya dosa si anak diampunkan.



Daripada

kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa

disebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin
ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat

tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah

hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita.

Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.
"Sesungguhnya
Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya,

sombong dengan perkataannya. " An-Nisa':36

****

AMBIL IKTIBAR DAN PEDOMAN DR CERITA DIATAS.... SESUNGGUHNYA SYURGA DI

BAWAH TELAPAK KAKI IBU.... RASA INSAF BILA MENGHAYATINYA DAN

BERSYUKUR PADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI IBU DAN BAPA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan