Ahad, 22 Februari 2009

LUKA SERIBU RINDU

Dalam kesamaran ulta lembayung,ketika bulan 2 menumpahkan cahaya di kaki langit khirmizi,tiba-tiba aku terkenang nostalgia cinta lama yg kita palitkan bersama.Kehadiranmu bersama molekul-molekul hydrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali pusatku.
Dan kehadiranmu mengajar aku erti rindu,gelora dan syahdu.Kau juga mengajar aku erti cinta,singa laut,beruang kutub,penguin,kambing salji,mi sup,cendol dan abc.
Kala itu kita bagaikan nobita dan sizuka.Kau dan aku bagaikan nurul dan sham dalam cerita cinderela yang tidak dapat dipisahkan.Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Pluto itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Afrika.Kau pergi jua ketika KL sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah sukan komanwel 98.Sesungguhnya perpisahan itu berpunca dari penebangan pokok balak secara besar-besaran di Gua Musang.Pemergianmu itu membuatkan aku menghidap penyakit resdung&hepatitis Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai helmet setiap masa sebagai langkah keselamatan.
Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.Aku bagaikan telah tergelincir daripada orbit bumi apabila gravity tidak lagi berfungsi terhadapku.Setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga"rubber set",seluruh perjalanan hidupku menjadi gelap gelita seperti di dalam gua batu kapur yang hanya ditemani straligtit dan stalagmit yang penuh dengan tahi-tahi kelawar bagaikan sembilu menyesakkan hempeduku.
Villa cinta yang kita bina dari makgat basikal akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah tanpa melihat 1/4 belah mata pun..Ternyata kau mula berubah setelah Malaysia mula melancarkan jet Apollo ke ruang angkasa.Akhirnya kau sering lari setempat bila terserempak denganku.Sejak itu,aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.Sejak kau tiada,aku sering bersendirian,berbual dengan pokok betik.Kadang-kadang aku mengikat botol budu pada tiang rumah agar nampak lebih cantik.Saban hari aku termenung dalam peti sejuk mengenang dirimu yang entah ke mana menghilang.Aku cuba bermain dek cok sambil makan mee sup untuk melupakanmu,tapi aku tidak berdaya.Lalu,aku membakar mesin basuh dan membelasah 3 ekor serati jiranku,menandakan aku tak bersalah.AKU SEPERTI TIDAK PERCAYA DI ATAS APA YANG TERJADI.
Mengapa sayang?Mengapa semua ini terjadi??Mengapa setelah kau curi cintaku,kemudian kau gadaikannya di kedai emas Tek Chai.Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni simen yang kau timpakan ke atas belakangku bagaikan memikul 88 ekor mengkarung dan 125 ekor ank cicak yang baru menetas dan kini segala harapanku telah hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari menara loji air Kelantan water dan dihempap oleh tiang besi pemancar NTV7 yang terletak di Kedai Mulong lalu tersangkuk dicelah landasan keretapi KTMB dan digilis pula oleh sodok hingga badanku hancur berkecai.
Oh..terlalu berat dugaan yang ku tempuhi,kini semuanya telah berakhir.Aku sedar aku hanyalah umpama seekor biri-biri di dalam kandang lembu.Aku bukan sizuka,Bulma,sakura atau kiki.Aku juga bukanlah cinderela yang kau idam-idamkan.Aku menyedari kekurangan diri dan kemudahan awam di tempat sendiri.Tak perlu dikesali lagi kerana cha kueh sudah menjadi chek mek.Tin sardin cap ketitir yang ku genggam telah pun x-pire date.Segalanya sungguh mengharukan dan segala hadiah pemberianmu termasuklah plag 2 pin telah ku kitar semula di dalam tong jingga kerana kau telah berfikir dahulu sebelum buang..Walaupun pada hakikatnya ianya tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam tong jingga..tapi aku buat dek jer..kerana aku terlampau tension tahap enjin jet concorde buatan AS.
Walaupun segalanya telah berakhir,di atas pokok cecupu ini aku tetap menunggu kau kembali.Selagi ada nafas ini,selagi ada kompleks membeli belah KB MALL,selagi bangunan SMKKB tersegam indah,selagi ada kedai kasut dan selipar di ARGENTINA,selagi ada makanan segera KFC,selagi kumpulan LINKIN PARK tak berpecah,aku tetap menunggumu sehingga matahari terbelah lapan.Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka.Akhirnya aku mengambil kesempatan untuk menunggu tiang tepon di hadapan rumahku berbuah.Kalau tiang tepon tu berbuah,aku poskan buah untuk kau..Nak tak???????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan