Sabtu, 21 Februari 2009

KERANA TERLEKA

Mungkin kerana terleka
Seringkali apabila pena
Terlepas dari genggaman
Ucapan "opps"
Mendahului "Allah"
Tatkala perut kosong sudah terisi
Ucapan"haa..kenyang"
Mengatasi "Alhamdulillah"
Apabila diri terpegun
Dengan keindahan alam
Pujian"SubhanAllah"tertutup
Oleh "Cantiknya"
Ada masa berita kematian
Mengunjungi
"Kasihannya"juga terucap tanda simpati
Tapi kita lupa "innalillah"
Kadangkala kita lupa
Kadangkala kita sengaja atau
Mungkin kerana telah terbiasa
Namun teman,
Walaupun kita lupa
Sengaja,suka atau terbiasa
Berhati-hatilah
Agar Izrail tiba menjenguk
Ucapan"Lailahaillallah"tetap juara
Mengatasi segala kata

1 ulasan:

  1. Sedarlah wahai
    Umat ISLAM
    jgn kita lupa dr mana
    asal usul kita
    di situlah kita akn kmbali
    nanti"innalillah"

    BalasPadam